Popular Posts

Monday, November 1, 2010

REFLEKSI Kursus LINUS Tahun 2 Daerah Ranau - Tang Dynasty - 31/10 - 2/11

Mohon guru LINUS bagi daerah Ranau menyatakan refleksi bagi kursus LINUS yang diadakan pada 31/10 hingga 2/11 di Tang Dynasty, Kota Kinabalu. Segala input diharap dapat meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan LINUS di masa akan datang.

Monday, October 4, 2010

Perkongsian pelan mengajar

Mohon guru yang mengajar LINUS dapat berkongsi pelan pengajaran untuk dibincangkan atau ditambah nilai agar dapat digunakan oleh guru lain.

Sunday, October 3, 2010

Laman perbincangan komuniti LINUS

Salam 1 Malaysia,

Laman blog ini dibangunkan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada semua komuniti LINUS yang terdiri dari Guru, Fasilitator, Pentadbir Sekolah, Pegawai LINUS di Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Bagi meningkatkan lagi kualiti serta keberkesanan pelaksanaan LINUS di sekolah diharap laman blog ini dapat dijadikan sebagai medan perbincangan ilmiah.

Sekian, terima kasih.

Unit Pembangunan Profesionalisme Guru
Bahagian Pendidikan Guru